Friday, April 22, 2011

lucu.. penah tak kita terfikir?

Lucu ya... duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

Lucu ya... betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung.

Lucu ya...susah sunggu merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan.


Lucu ya... betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawikh bulan Ramadhan lama dan panjang.

Lucu ya...susah sangat baca al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya...orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Friday, April 8, 2011

10 Laluan Yg bakal dilalui oleh Manusia Dari Dunia sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
*Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
*Hindarkan perasaan irihati ( benci )
*Jangan terpengaruh dengan harta dunia
*Sucikan qadha' hajat dgn istibra ( berdehem selepas buang air kecil )

LALUAN UTK BERJUMPA IZRAIL
*Bersihkan diri dgn bertaubat
*gembirakan hati orang mukmin
*Bayar semula kadha ( Solat & puasa ) yang tertinggal.
*Kasih sepenuh hati pada Allah Ta'ala

LALUAN UTK BERJUMPA MUNGKAR NANGKIR
* Mengucap dua kalimah syahadah
* suka memberi Sedekah
* Berkata Benar
* Bersihkan dan perbaiki diri

LALUAN UTK MEMBERATKAN PERTIMBANGAN
* Belajar atau mengajar ilmu yang bermanfaat
* Sucikan perkataan dan pakaian
* Bersyukur dgn yang sedikit
* Suka dan redha dgn yang didatangkan oleh Allah

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
* Jauhkan perkataan sia-sia
*Pendekkan cita-cita dunia
* Banyakkan puji pujian kepada Allah
* Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL MUSTAKIM
* Kasihanilah aulia Allah Ta'ala
* Berbaktilah pada ibu bapa
* Berpegang teguh pada hukum syarak
* Bercakap perkataan yang baik sesama manusia

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
* Banyakkan membaca al-quran
* Banyakkan menangis kerana dosa dosa lalu
* tinggalkan perkara yang maksiat
* Jauhkan segala yang haram

LALUAN UTK MEMASUKI SYURGA
* membuat kebajikan seberapa yang boleh
* Kasihi orang yang soleh
* kerjakan segala suruhan allah
* Merendahkan diri di antara sesama makhluk

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
* kasihilah nabi Allah Taala
* kasihilah Rasullullah
* tuntutilah yang difardukan oleh Allah Taala
* banyak selawat Nabi SAW

LALUAN UTK BERTEMU ALLAH
*Serahkan seluruh jiwa raga kepada Allah Taala
* Hindarkan diri dari menderhaka kepada Allah Taala
* betulkan dan baikkan i'tikad kepada Allah Taala
* Bencikan segala yang diharamkan Nya.

Friday, March 11, 2011

budaya cauple

COUPLING atau berpasangan menjadi budaya orang bercinta pada hari ini.tidak salah kalau berpasangan.tetapi salah berpasangan yang tidak ikut acuan islam. Apa yang di katakan berpasangan tidak mengikut acuan islam?? Pasangan bukan muhrim keluar berdua2an tanpa muhrim.
pasangan bercinta ini biasanya di gelar cinta monyet.
Gejala cinta monyet ini tidak habis2 menular dari bangku sekolah sehingga ke peringkat universiti. Ingatkan apabila sudah belajar smpai universiti,sudah agak matang dalam soal-soal bercinta.tetapi lagi teruk dan tidak ubah sperti budak2 skola bercinta.ke hulu ke hilir naik motor seperti suami isteri siap berpeluk lagi.pengawal keselamatan hanya mampu geleng kepala. Paling membimbangkan apabila berakhir di bilik2 hotel,kebanyakan pasangan termasuk pelajar IPT.apabila di Tanya pernah terlanjur? Dan hampir 80% jawapannya YA.apabila di Tanya soalan ini mereka mengaku pernah melakukanya berkali2.. Apabila di tanya,”Biasa buat di mana?” ”biasanya Buat di hotel”jawap mereka. ”Ada duit??” ”ada..kami pakai duit pinjaman” ”Hotel mana” ”mana2lah,yang sederhana,sesekali kami pergi gentinG” ”tidak Mengandung?” ”tidak kami guna kondom atau buang luar” “kenapa terlanjur??” “sbb nafsu.tidak dpt kawal” “tidak rasa bersalah??” “rasa tapi entahlah” Bila hendak kahwin?” ”tggulah,apabila sudah habis belajar,sudah dpat kerja,sudah kumpul duit,sdh ada kereta,dgn rumah,barulah kahwin” Kepada anak2 muda khusus untuk anda yang belajar di IPT2 di seluruh Malaysia…fikirkanlah kehidupan anda sbg seorang pelajar..jgn suka berfoya2 dgn kehidupan duniawi…sebagai pelajar,hargailah masa yang ada untuk menimba pengalaman pembelajaran..jangan sia2kan peluang, jgn membuat perkara2 yang melebihi batas2 agama,fikir2kan lah ibubapa anda di kampung, sedangkan ibubapa anda di kampung: *sentiasa ingatkan anaknya sedang belajar bersungguh2. *sentiasa bangga dengan anaknya yang belajar di universiti. *sentiasa hantar duit dengan anaknya yang kesempitan. *sentiasa telefon anaknya bertanyakan sihat atau tidak dan bagaimana pelajaran *paling menyanyat hati mereka sentiasa berdoa dengan penuh tangisan menadah tangan kepada tuhan mendoakan kejayaan anak "WAHAI TUHANKU,SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TEMPAT AKU MENYEMBAH DAN ENGKAULAH TEMPAT AKU BERMOHON KEAMPUNAN.WAHAI TUHAN, ANAKKU KINI JAUH DARI MATAKU, ANAKKU KINI SEDANG BELAJAR DI RANTAU ORANG,ANAKKU KINI SEDANG BERUSAHA MENCAPAI CITA-CITANYA DAN ANAKKU INGIN MEMBAHAGIAKAN ORANG TUANYA 1 HARI NANTI. WAHAI TUHANKU ENGKAU BERKATILAH USAHANYA, ENGKAU RAHMNATILAH USAHANYA DAN ENGKAU BERILAH KEJAYAAN KEPADANYA. BANTULAH DIA WAHAI TUHAN, SELAMATKANLAH DIA DI RANTAU ORANG WAHAI TUHAN DAN BANTULAH KAMI SEKELUARGA YANG SUSAH INI WAHAI TUHAN DENGAN KEJAYAANNYAWAHAI TUHAN.WAHAI TUHAN, SEMOGA ENGKAU PENUHI DAN KABULKAN PERMINTAAN KU INI WAHAI TUHAN. INILAH SAHAJA YANG MAMPU AKU LAKUKAN WAHAI TUHANKU. AKU SUDAH TUA DAN HANYA MENGHARAP KEJAYAAN ANAK-ANAK SAHAJA WAHAI TUHAN”.amin ya Rabbal Alamin..... Sanggup kah anda menipu ibu bapa anda hidup2..??fikirkanlah..